Ada seorang sahabat datang menceritakan pada saya,
berkenaan seorang sahabatnya mengajaknya untuk berjumpa seorang ‘ketua…’
(sahabat saya tk nak cakap siapa ketua tu)
Sahabat saya memulakan ceritanya: “Seorang
hambaAllah mengajak saya menemaninya hendak berjumpa dengan seorang ‘ketua…’
Saya beritahu dia, saya tak dapat ikut kerana ada kerja yang nak disiapkan. Saya tanya
apa tujuannya.
Dia kata, nak beritahu ‘ketua…’
bahawa dia bukan ketua lagi.
Saya tanya lagi, apa masalahnya sehingga nak
bagitahu ‘ketua…’ yang ia bukan ketua lagi.
Dia kata, dah menjadi
tanggungjawabnya dan dia ada prinsip, sehinggakan jiwa jadi tidak tenteram
jikalau tidak memberitahu kebenaran.
Saya kata, baguslah kalau ada pendirian
macam tu, tetapi kamu kena ada alasan (dalil) yang betul kenapa ‘ketua…’ itu dah
bukan ketua lagi, dan kalau kamu pasti alasan (dalil) kamu tu betul,
terpulanglah pada dia sama ada dia terima atau pun tidak dan kamu pula
jangan emosional dan menegur biarlah ikhlas.
Dia pula kata, tiada orang nak menyokongnya termasuklah saya. Dalam semua hal tak de orang nak sokong. Saya kata, buat apa nak ada orang sokong, baru boleh jumpa ‘ketua…’, lagi pun kamu kata dia bukan ketua lagi. Pendapat orang dengan pendapat kamu tak semestinya sama dan kalaulah tak
de seorang pun nak menyokong kamu bahkan simpati, itu bermakna something wrong
pada diri kamu (maksud saya, tilik2lah diri tu dulu).
Tapi dia tak boleh terima
apabila saya kata begitu.
Dia kata, saya pusing-pusingkan agama (saya tak cakap
pun pasal hukumhakam) dan dengan nada memerli dia menambah, orang yang tahu
hukumhakam dan dipandang baik pada pandangan masyarakat (dia tak cakap nama
sapa2), apabila tiba bab menegur ‘ketua…’, jadi takut.
Saya kata, kalau kamu betul-betul benar buat apa nak takut dan buat apa nak minta sokongan orang dan minta ditemani. InsyaAllah kalau kamu berjaya, mudah-mudahan kamu akan mendapat sokongan orang ramai. Takut kamu yang menegur itu tak dapat kawal perasaan dan
mengapa-apakan orang yang ditegur.
Dia pun ‘uah aaha oooo’, saya dh tk faham
apa bahasa daa…”
Sahabat saya mengakhiri perbualan dengan pertanyaan, apa faedahnya
nak bagitahu ‘ketua…’ itu yang dia bukan ketua lagi. Adakah dia tu menyekat-nyekat
orang ramai untuk solat berjemaah disurau atau nak rampas sesuatu jawatan. Kalau
dia nak sesuatu jawatan, dia kena bertanding laa atau dipilih oleh jawatankuasa
dan kalau dia menang kita kena terima laa dan kalau dia tidak dipilih atau
kalah, dia pula kena terima laa. Takkan laa dia tak jadi ketua dengan berkata
“aku sekarang ketua”. Apabila dia kalah dan merapu-rapu mengatakan dia masih ketua dan
berlagak macam ketua, lantak dia laa…kita nak peningkan kepala buat apa?...TAMAT
Secara ringkasnya, kalau di negeri Selangor contohnya, dikenali dengan Kerajaan Negeri Selangor adalah pembangkang bagi Kerajaan Persekutuan, dan di setiap kampung di negeri Selangor ada dua wakil kerajaan iaitu Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK untuk Kerajaan Negeri dan Pengerusi JKKKP untuk Kerajaan Persekutuan dan masing-masing ada peranannya. Sesiapa yang dilantik menjadi Pengerusi JKKKP, ia juga adalah ketua di dalam kampung tersebut sebagai wakil Kerajaan Persekutuan, tetapi bukan Ketua Kampung.
Jikalau Pengerusi JKKKP mengatakan dia adalah Ketua Kampung, itu cuma kesilapan persepsi dan difinasi sahaja dan jika ada orang nak membetulkannya, betulkan persepsi dan difinasinya sahaja.. Kenapa dikatakan demikian, kerana seseorang tidak boleh dengan mudah mengambil tugas atau merampas jawatan seseorang yang lain.
Minta sahabat2 komen…